Monday 18 January 2016

pss

Apakah Pusat Sumber Sekolah

20 Disember 2009 Tinggalkan komen
Pusat Sumber Sekolah atau lebih dikenali sebagai PSS adalah satu tempat dimana dikumpulkan segala jenis alat dan bahan media pendidikan. Semua bahan dan alat ini dikelaskan, dikatalogkan dan disusun atur supaya pengguna mudah untuk menggunakannya.
Kebanyakkan guru ataupun murid telah tersalah anggap. Mereka menganggapkan bahawa PSS itu adalah perpustakaan, sebenarnya PSS merangkumi keseluruhan sekolah manakala perpustakaan adalah salah satu komponen yang ada dalam PSS.
Konsep sebenar PSS adalah merangkumi semua aspek pengajaran dan pembelajaran, melalui penggunaan alat dan bahan yang disediakan.

Matlamat Pusat Sumber Sekolah

Menurut buku “Pusat Sumber Sekolah Untuk Sekolah Rendah dan Menengah” tulisan Siti Hajar Hj Abdul Aziz dan Kamarudin Hj Husin (1996),keluaran Budiman Sdn.Bhd, menyatakan terdapat empat matlamat utama iaitu :
Untuk meningkatkan mutu pendidikan di sekolah-sekolah.
Membentuk profesion perguruan yang lebih matang dan mantap.
Mewujudkan golongan pelajar yang berpengetahuan, dinamis, kreatif dan berdisiplin.
Merapatkan jurang perbezaan kemudahan pendidikan antara sekolah luar bandar dengan bandar.
Manakala, buku “Panduan Mengurus Pusat Sumber Sekolah” keluaran PTS Profesional (2005), menyatakan matlamat Pusat Sumber Sekolah ialah:
Meningkatka mutu pendidikan di sekolah.
Membantu meningkatkan tahap profesionalisme guru-guru supaya lebih berilmu, dinamik, kreatif dan inovatif.
Membentuk golongan murid yang berilmu, dinamik, kreatif dan berdisiplin serta mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat.
Jika dilihat daripada pendapat dari dua buah buku tersebut, dapatlah dirumuskan bahawa matlamat PSS adalah meningkatkan mutu pendidikan di sekolah-sekolah dan juga membantu guru-guru dan juga pelajar meningkatkan tahap pendidikan mereka supaya menjadi golongan yang lebih berilmu, kreatif, dinamik dan berinovasi serta berdisiplin.