Sejarah PSS

SEJARAH PENUBUHAN PUSAT SUMBER

Penubuhan Pusat Sumber Sekolah ini bermula pada tahun 70 an dimana pada mulanya hanyalah diletakkan disebuah bilik kecil disebabkan bangunan tidak mencukupi. Apabila bangunan baru telah siap dibina pada tahun 2004, salah satu dari bilik darjah telah dijadikan sebagai bilik Pusat Sumber. Bilik Pusat Sumber tersebut terletak ditingkat atas sekali iaitu di tingkat 3 bangunan blok 2 bersebelahan dengan stor dan bilik solat pelajar, tetapi telah dipindahkan pada tahun 2006 di bangunan blok 2 di tingkat paling bawah memandangkan bilik asal(KHB) 3 bay tidak begitu sesuai disebabkan keadaan yang agak bising dan menganggu murid-murid ditingkat atas dan telah dipindah dibangunan baru. . Bilik baru ini yang pada asalnya bilik KHB, telah diubahsuai untuk dijadikan bilik Pusat Sumber Sekolah.
Pusat sumber sekolah ini telahpun beroperasi semanjak 1979, di mana buku-buku telah dibekalkan oleh BTP. Selain dari BTP, ada juga buku-buku yang didermakan oleh individu dan ada yang dibeli sendiri oleh pihak sekolah. Walau bagaimana pun penyelengaraan Pusat Sumber Sekolah pada masa itu kurang licin disebabkan faktor peralatan yang tidak mencukupi, guru pusat sumber yang selalu bertukar ganti dan ketiadaan guru yang berpengalaman( tiada kursus khas PSS) menyebabkan pengurusan Pusat Sumber kurang menggalakkan.
Pada tahun 2003,dengan kerjasama dan galakan dari pihak pentadbir, baharulah pembangunan Pusat Sumber dapat berjalan dengan lebih teratur kerana adanya guru yang berpengalaman dan telah mengikuti krusus-kursus yang dikendalikan oleh Pusat Kegiatan Guru(PKG) daerah Sungai Besar Selangor.